Tuesday, June 22, 2010

Hukum Pakai Baju Gambar Binatang

Kandungan :

1. Hukum pakai baju gambar binatang
2. Hukum pakai baju gambar benda bernyawa
3. Hukum pakai baju gambar wanita



-posted by Hafizi(PG)-

tips stylo untuk Si Jejaka



Aksesori

sebenarnya untuk gaya yang hebat, kamu tidak perlu sarat dengan pelbagai aksesori. Cukup
hanya sekadar mengenakan seutas jam tangan sebagai pelengkap imej dan gaya. Kamu tentu
tampak lebih tampan dan berkeyakinan.

Gaya macho

Tidak perlu kamu 'control macho' untuk bergaya. Jadilah diri kamu yang sebenar di mana
sahaja. Dalam bergaya, pemilihan kasut juga memainkan peranan penting buat si jejaka. Jangan
pakaiikut suka sahaja. Jika kamu inginkan gaya yang ringkas, jangan pula kamu memakai kasut
kulit apabila memakai jeans atau t-shirt. Sebaiknya, kamu boleh memakai kasut yang lebih
'sporty' seperti kasut sukan. Kamu akan nampak lebih bergaya dan sebelum keluar rumah,
jangan lupakan untuk sembur sedikit minyak wangi!

Tips lebih segak

1. Untul tampil lebih ranggi, cukup hanya padanan t-shirt dan seluar dari warna yang senada.
2. Pada mereka yang berkulit cerah, kamu sesuai memakai warna biru lembut, coklat, kuning
air, putih gading dan biru gelap. Seboleh-bolehnya elakkan dari memakai warna jingga,
unggu, merah dan merah jambu.
3. Bagi yang berkulit hitam manis pula, elakkan dari memakai warna-warna yang gelap seperti
hitam, coklat gelap, turquoise, magenta dan hijau epal. Apa kata kamu pilah warna seperti
putih, khakis, biru cair atau kelabu.
4. Jadilah diri kamu sendiri dan jangan lah terlalu over ok!

-ijad-

Awas!!!agama ILLUMINATI!!!

kali ini saya ingin berkongsi tentang agama Illuminati..
kebetulan minggu lepas baru menonton filem "Angels and Demons"..
filem ini sangat menarik perhatian..tonton lah kalau ada kesempatan..

Illuminati merupakan agama yang menyembah syaitan..

Madonna memakai jaket bersulamkan Piramid dan
The All-Seeing Eyes (Lambang Illuminati)

Masa zaman dahulu kala, Illuminati (kumpulan yang memuja syaitan) menyebarkan agama sesat supaya manusia terutamanya penganut agama Islam menukar haluan agama mereka dan menyertai agama sesat yang memuja dewa-dewi.

Tapi, akibat kesan yang boleh dilihat memerlukan masa yang begitu panjang, plan berubah. Sekarang, salah satu strategi adalah melalui hiburan.

Michael Jackson, Britney Spears, Madonna, Christina Aguilera, Rihanna, Katy Perry dan ramai lagi. Mereka ini dijadikan terkenal. Lagu-lagu mereka dicipta oleh kumpulan Illuminati.

Mereka digunakan dan terus digunakan.

Tapi, kalau nak berhenti dari dipergunakan, boleh tak?

Album Michael Jackson. Checkers adalah satu simbol bagi
Iluminati yang percaya bahawa ia merupakan pintu kepada alam lain.

Simbol piramid dalam video clip "Umbrella"
[CHORUS]
When the sun shines We’ll shine together Told you I'll be here forever Said I'll always be your friend Took an oath I'mma stick it out 'till the end
Now that it's raining more than ever
Know that we still have each other
You can stand under my Umbrella
You can stand under my Umbrella

Sun merujuk kepada mata kiri dewa Horus yakni Dewa Matahari (the All Seeing Eye).
Kulit Album kumpulan Dewa (kini Dewa 19)

video Klip lagu "Satu" Kumpulan Dewa 19 umpama
memerli ajaran Sufism dengan menyembah matahari


Baphomet
gaga2
Salah satu video klip Lady Gaga yang sangat kuat mempamerkan
agama Illuminati dalam setiap video klipnya.

Sebagai konklusi..,kita sebagai peminat muzik,kenalah berhati-hati..
jangan mudah terpengaruh dengan propaganda artis yang tidak tentu hala ini..
anggaplah muzik hanya hiburan semata-mata..renung-renungkan..dan selamat beramal..huhu

-asma-

Professor Masuk Islam Hanya Kerana Kajian Kulit Manusia

"Barang siapa yang menentang Rasul sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikuti
bukan jalan orang-orang mukmin, nescaya Kami angkat dia menjadi pemimpin apa yang
dipimpinnya dan Kami masukkan ke dalam neraka jahanam. itulah seburuk-buruk tempat
kembali" (4:115)




Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :

“Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha
Bijaksana”.

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk
menerima hidayahNya.


by : ijad

fakta hantu dan jin

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.


by: ijad

KENTUT!!!

kalau dalam sehari kita tidak kentut..,bukan lah manusia namanya..
namun topik ini jarang dikaji padahal banyak fakta boleh diketahui mengenai KENTUT!!!

kentut dalam bahasa Inggeris disebut "fart"..
atau dalam bahasa intelektualnya disebut "flatulence"..

kentut boleh menghasilkan satu kebakaran jika dilakukan eksperimen.Hal ini kerana terdapat gas methane atau metana dalam kandungan kentut yang mudah terbakar.

terdapat beribu nama bagi setiap kentut yang wujud di dunia.Antaranya:

  • Kentut "tong kosong nyaring bunyinya"

Jenis kentut paling umum. Kentut ini bunyinya saja kencang, tapi tidak ada baunya.

  • Kentut "silent but deadly"

Kentut ini terbalik dari jenis kentut yang di atas; tidak berbunyi, namun baunya sangat dahsyat. Orang yang sudah menjadi pakar dalam jenis kentut ini bahkan dapat menimbulkan bau yang maha dahsyat dan berkapasiti tinggi sehingga seisi tempat dapat mencium baunya.

  • Kentut beraroma

Kentut ini aromanya berbeza dari kentut yang umum, kerana si tukang kentut baru saja memakan makanan yang baunya khas. Kentut ini juga boleh terjadi jika si tukang kentut melepaskan wewangian di lubang anusnya.

  • Kentut combo

Kentut dalam jumlah banyak yang terjadi secara bertubi-tubi. Biasanya berbunyi kencang dan terdengar seperti rentetan tembakan senjata automatik.

  • Kentut bermelodi

Kentut dengan suara yang bernada. Yang sudah pakar dapat memainkan sebuah lagu.

  • Kentut keras

Pelaku harus menggunakan seluruh otot dan tenaga untuk melakukannya, umumnya terjadi pada orang-orang yang sudah 2 tahun belum kentut.

  • Kentut tidak sengaja

Si tukang kentut sama sekali tidak ada persiapan untuk melakukannya. Sering terjadi saat orang yang bersangkutan dikejutkan oleh orang lain, sedang tertawa atau terkejut sendiri.

  • Kentut sambil tertawa

Kentut jenis terbagi menjadi 2 jenis, yaitu:

Mood aktif, di mana pelaku sengaja melakukan kentut sambil tertawa (biasanya terbahak2) untuk menutupi suara yang ditimbulkan.
Mood pasif, di mana si pelaku tanpa sengaja kentut saat tertawa disebabkan oleh orang lain. Lihat: Kentut tidak sengaja
  • Kentut minimum

Tidak berbau dan berbunyi. Hanya sekedar melepaskan sedikit gas dari tubuh.

  • Kentut Sejati

Orang yang setelah kentut, dengan jujur dan baiknya mengaku.

  • Kentut "Counter Strike"

sebelum kentut, dia menjerit "FIRE IN THE HOLE !"

  • Kentut Sukses

setelah kentut, dia berkata"YES !" atau "SEP !" (bahkan "SIP !") sambil dua tangannya naik.

kentutnya berbunyi :"POHHH...".

  • kentut sendawa

biasanya brot eeeeegh brot eeeegh brot

  • kentut gas super

biasanya kentut tersebut mengeluarkan asap dari lubang anus dan biasanya juga , kentutnya mengeluarkan asap hitam

  • kentut nyanyi

kentutnya sambil nyanyi

  • kentut api

kentut yang bukan hanya bau yang keluar tapi juga api neraka. biasanya menyebabkan kebakaran di dapur dan di pasar.

  • kentut anti hantu

kentut yang super dasyat yang dapat mengusir hantu dan makhluk jadian

  • kentut hand body lusion

kentut yang mengeluarkan cair kentut untuk menghaluskan kulit

  • kentut shot gun

kentut yang boleh menembak orang yang ada di atas kita atau di bawah kita

  • kentut bom atom

kentut yang berisi wap-wap air sehingga besi yang terkena kentut ini akan langsung berkarat dan meledak!!BUM!JEGERRRRR!!DUAR!!!!! (seperti ledakan bom atom di hiroshima dan nagasaki)


  • KENTUT BAYGON

kentut yang digunakan untuk mematikan serangga di dalam rumah tersebut

  • kentut perubahan iklim

kentut ini dapat merubah cuaca panas menjadi makin panas,panas,panas,cool men!!!!!

  • kentut musibah

kentut yang dapat menghancurkan kota dalam 1 kentut.

Jika 1000 kentut akan menghancurkan 1 benua dan jika 100.000 kentut maka akan menyebabkan kiamat (???)


hehe..banyak lagi nama-nama yang pelik boleh didapati melalui kentut..

tapi semua ini hanya gurauan..jangan ambil serius dengan nama-nama kentut ini..huhu


-asma-

Monday, June 21, 2010

Ada masalah?.Hiburkan diri anda dengan cerita lawak..

Cerita Lawak : Rahmat Dan Peguam (Isu Kahwin)

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.


Cerita Lawak : Senario Perkahwinan

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

posted by Hafizi(PG)

Tugasan Berkumpulan : Peranan ICT terhadap pembangunan akhlak remaja... Sila komen ye, w0ky0h company....

peranan ICT terhadap pembangunan akhlak remaja

by : affendi ismail n ijad

Kertas Kerja Individu- Relevankah mahasiswa berpolitik? silakan baca.....

relevankah mahasiswa berpolitik?




by : affendi ismail....

KERTAS KERJA PERSEORANGAN - Masalah Pembuangan Bayi Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia



cantik dengan limau nipis

macam2 kaedah digunakan untuk menjadikan kita lebih cantik dan menawan.
ada yg sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk menjadi cantik..
tapi sedar tk sedar, ada juga cara yg lebih mudah dan tk memakai banyak kos untuk memberi kecantikan pada diri kita.. contohnya dengan menggunakan limau nipis..

dengan limau nipis, kita dapat kempiskan perut.
-caranya anda boleh amalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan
teh tanpa gula dan diminum setiap hari. sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum
itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. ia dikatakn dapat menempiskan dan
mengemaskan bentuk perut..

dengan limau nipis juga dapat pulihkan kulit wajah..
-ramai yang menghadapi masalh kulit wajah terbakar kerana cuaca yg panas(sun burn).
mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur
serta air limau nipis. sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan
mulut. biarkan kering dan baru cuci dengan air bersih.

dengan limau nipis juga dapat hilangkan bau kaki
-untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup,
gunakan limau nipis. ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pada kaki.

dengan limau nipis juga dapat mewangikan rambut.
-mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga dapat mewangikan rambut..
ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. kemudian gosokkan ke seluruh kepala..
biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci sehingga bersih. selain
mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan
kepala.

inilah serba sedikit kegunaan limau nipis yang boleh diamalkan..
secara tidak langsung kita boleh menjimatkan duit daripada pegi ke tempat2 yang
mahal.. selamat mencuba..

dipetik daripada mingguan malaysia, kesihatan, ahad, 20jun2010..

-ijad-

Saturday, June 19, 2010

macam-macam ada........

Nak termuntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Harijadi ke 17
Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh…boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh…boleh, nanti mama belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah…..mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh…
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ….boleh la mama………, please…..
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi… TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Kawan Baik
Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal
Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ’stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)
Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.
Amin: Lepas tu pulak kan…
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)
Moral: Jangan gelakkan orang.

Berita buruk
Seorang Doktor sedang memberi berita yang kurang baik buat seorang pesakitnya.
Doktor: Saya membawa dua kabar buat anda!
Pesakit: Khabar apa doktor? Baik atau buruk!
Doktor: Maaf berita yang saya bawa buruk. Mahu yang mana dulu yang buruk atau yang paling buruk.
Pesakit: Yang buruk dulu doktor(dgn muka yg murung pesakit itu menjawab)
Doktor: Berita buruknya hidup anda hanya tinggal kurang dari 24 jam.
Pesakit: Ah… benar ke doktor?
Doktor: Ya benar.
Pesakitien: Apakah berita yang paling buruk?
Doktor: Sesungguhnya saya sudah mencari anda dari semalam untuk mengkhabarkan berita ini….



posted by : affendi ismail

Thursday, June 17, 2010

Selamat Datang Rejab

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr. Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilkan bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan.

Sungguh banyak sekali keterangan ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat menghuraikan kelebihan, tetapi sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari tawaran Allah ini. Kalau Kompleks Membeli-belah mengadakan tawaran istimewa atau jualan murah, kita akan keluar berduyun-duyun seolah-olah berpesta untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Tetapi adakah begitu respon kita apabila Allah membuka tawaran yang Maha Hebat ini. Satu tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yang kekal abadi. Satu tawaran yang menjamin kebahagiaan di dua alam - dunia dan akhirat.




Realiti yang kita dapat lihat ialah tawaran Allah kurang mendapat tempat di hati kita. Hanya hati yang disinari dengan iman dapat menghargai tawaran Allah yang abadi ini. Manakala hati yang sudah terpaut dengan kebesaran dunia lebih terpikat dengan tawaran murahan yang bersifat sementara dan tidak kekal.

Di sinilah ujian untuk menilai keimanan kita terhadap perkara ghaib. Ganjaran syurga yang ditawarkan adalah perkara ghaib yang kita tidak nampak. Tetapi penuruan harga baju dari RM 90.00 ke RM 50.00 jelas dilihat. Oleh kerana kita lebih mengutamakan perkara yang nampak daripada yang ghaib, maka kita berusaha untuk memilih tawaran dunia. Tawaran Allah menjadi amat kecil sehingga tidak berdaya untuk kita laksanakan.

Jadilah fadhilat atau kelebihan Rejab yang kita baca atau dengar seolah-olah satu dongengan yang tidak bermakna dan tidak sikit pun memberi kesan di hati. Apabila sikap begini terserap di dalam hati, tidaklah mampu untuk merealisasikan sesuatu tindakan. Bahkan di dalam al-Quran, Allah menempelak golongan ini seolah-olah ada mata tetapi tidak dapat melihat, ada telinga tidak dapat mendengar dan ada otak tetapi tidak dapat memikirkan.

Allah Maha Melihat atas apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar atas apa yang kita ucapkan. Allah Maha Tahu atas apa yang kita lintaskan di hati. Allah memberi ganjaran atau balasan berdasarkan sejauh mana kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh beramal mencari keredhaan Allah, Allah akan memberi balasan setimpal dengan usaha yang disumbangkan. Sebaliknya jika di dunia kita tidak begitu ambil pusing akan urusan ibadat, maka sudah tentu Allah tidak akan mempedulikan perihal hidup kita di dunia dan akhirat.




Sebagai tanda Allah mengasihi seseorang, diberikan kesusahan atau bala. Bala adalah ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Sekiranya kita bersabar atas segala kesusahan yang ditimpakan ke atas kita, Allah akan meningkatkan darjat kita. Manusia yang lemah imannya terhadap ujian Allah akan mudah menggelabah dan putus asa. Orang beriman sebenar sama sahaja sama ada diberi nikmat atau tidak. Diberi senang dia bersyukur, ditimpakan susah dia bersabar. Ada wang atau tak ada wang sama saja - kerana kesemuanya berpunca dari Allah.

Dalam konteks kelebihan Rejab ini, puasa adalah satu amalan yang benar-benar menguji kesabaran. Orang berpuasa diuji dengan susah, lapar, dahaga dan letih. Ini merupakan satu bala. Kejayaan mengatasi kesusahan ini demi menyahut seruan Allah merupakan satu peluang yang melayakkan kita menerima ganjaran yang disediakan; bak kata orang tua-tua 'bersusah-susah dulu - bersenang-senang kemudian'. Ini bermakna syarat untuk bersenang-senang di akhirat ialah dengan cara kita menempuh pelbagai kesukaran terlebih dahulu. Syurga adalah satu tempat yang amat istimewa di akhirat yang tidak akan dapat dicapai oleh mereka yang lebih mementingkan kesenangan dan hiburan di dunia ini.



Sebagai penutupnya, kita seharusnya memeriksa diri kita terlebih dahulu, sejauh mana kita memberi respons terhadap tawaran ukhrawiah? dan sejauh mana pula kita memberi respons terhadap tawaran keduniaan? Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini. Yang mana lebih menggiur atau menyelerakan? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang mengetahui rahsia peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan halatuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat.

Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia - Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. AMIN!

sumber :iluvislam

-posted by Hafizi(PG)-

Wednesday, June 16, 2010

Perasaan Marah Dan Jantung Kita

APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?

Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?






Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.

Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita.

Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.

Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan.

Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.

Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.

Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.

Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.

Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?

Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.

Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.


Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.

Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.

Cara mengatasi kemarahan

Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

1) Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10

2) Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda

3) Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)

4) Mendengar ayat-ayat Quran

5) Mengisi masa dengan hobi

6) Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi

7) Meditasi

8) Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir

عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - : أَوْصِنيِ . قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » فَرَدَّدَ مِرَارًا , قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam : Berilah pesanan padaku, lalu bersabda baginda,: " Janganlah kamu marah", maka diulangnya berkali-kali "Janganlah kamu marah". Riwayat Albukhary.


Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.


Sumber artikel asal : hmetro.com.my

-by affendi ismail-

Monday, June 14, 2010

Opss!! CCTV di Mana-Mana

Untuk renungan bersama... selamat beramal...

Teknologi semakin berkembang maju. Di bank, bangunan-bangunan besar semuanya menggunakan alat kawalan keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kecurian, atau sesuatu yang tidak diingini.

Tetapi sejauh mana alat berteknologi canggih ini seperti CCTV mampu mengawal serta mengenalpasti pencuri mahupun perogol atau sebagainya dengan jelas? Tidak semua bukan?

Sedarkah anda, sebelum penciptaan CCTV dan sebelum penciptaan manusia lagi sudah wujudnya 'CCTV' yang tidak pernah rosak dan berada di mana-mana sahaja.

Wahai muda-mudi sekalian,

Seronok bukan berbuat maksiat di hotel-hotel, di dalam hutan, di rumah kosong, di rumah sewa, di dalam panggung wayang. Ah! Tak siapa yang nampak, apa yang perlu ditakutkan. Ingatlah, mata, tangan, kaki, hatta alat sulitmu, malah meja, katil, rumah, pokok dan apa yang ada di sisimu ketika kau berbuat maksiat, semuanya adalah 'CCTV' yang akan menjelaskan segalanya di akhirat. Tidakkah engkau takut wahai remaja. JELAS dan NYATA. Tidakkah kau berasa malu di hadapan Allah nanti.

Telah Allah berikan nikmat mata, nikmat tangan, kaki, dan yang paling berharga nikmat hidup dalam Islam, tetapi kau tidak gunakan sebaik mungkin. Tak cukup dengan dosa berbuat maksiat, kau tambahkan pula dosa membuang bayi, lebih dahsyat kau sanggup pula membakar bayi yang tidak berdosa itu. Tak mengapa, mungkin sekarang kau terlepas dari dihukum di dunia. Tapi ingat!! Kehidupan kau tak akan tenang, dan kau akan lihat sendiri semua yang memandang kau membuang bayi itu, burung, masjid, tong sampah, lipas atau tikus akan menjadi 'CCTV' di akhirat.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun maka dia akan melihat balasannya." (Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8)

Wahai ibubapa,

Sedih bukan melihat bayi dibuang dibakar dengan tragis sekali? Tetapi sebenarnya sedih lagi jika kita sebagai ibubapa tidak mampu menjadi ibubapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak agar menjadi anak soleh dan solehah. Sedih lagi jika kita membiarkan anak-anak kita berpakaian ketat, tidak bertudung, merempit, bergaul bebas, kerana inilah pencentus terjadinya zina dan akan menyebabkan lahirnya anak luar nikah dan seterusnya pembuangan bayi pun berleluasa. Ingatlah, sebagai ibubapa, kita wajib mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna dan bertakwa. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dalam mendidik anak-anak. Jadilah contoh yang terbaik buat mereka sebagai garis panduan kepada mereka.

"Wahai anakku! Laksanakanlah SOLAT dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar, dan bersabarlah menghadapi apa yang menimpamu." (Surah Lukman)

Wahai para pengumpat,

Tidak takutkah engkau pada setiap apa yang engkau perkatakan? Allah benci pada dirimu kerana sifatmu yang suka membuka aib orang lain. Dari umpatan akan menjadi fitnah. Tak cukup dengan dosa umpatan ditambah pula dengan dosa fitnah.

"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela" .."Pasti akan dilemparkan ke neraka Hutamah" (Surah Al-Humazah)

Ingatlah wahai semua insan, selagi kita masih hidup berbuatlah amal kebajikan.Sesungguhnya, Allah menyukai insan yang mampu menutup keaiban orang lain. Berkatalah apabila perlu, kerana diam itu lebih baik dari berkata yang sia-sia. Hiasi bibirmu dengan zikrullah , sempurnakan solat 5 waktumu, tunaikan kewajipanmu sebagai hamba Allah.


Bertaubatlah sebelum kita terlambat. Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin yang sentiasa mengawal nafsu dan godaan syaitan.

"Hadiah berharga bagi orang mukmin adalah kematian."
(Riwayat Ibnu Abiddunya, Al-Tabrani dan Hakim)

Janganlah kita teperangkap dengan "CCTV" yang kita cipta sendiri di dunia. Kerana kita akan lihat segalanya semula di akhirat. Dan sesungguhnya akhirat adalah penjara bagi insan yang tidak mengikut suruhan-Nya dan melakukan apa yang dilarang-Nya.

"Sesiapa yang tidak senang menemui Allah, maka Allah pun tidak senang menemuinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

-iluvislam-

-posted by fendi-

Selayang Pandang




-posted by hafizi (PG)

10 gangguan syaitan ketika solat

Saya ada membaca satu artikel keagamaan dalam sebuah buku baru-baru ini. Saya suka untuk berkongsi dengan anda semua tentang perkara ini iaitu 10 gangguan syaitan ketika kita solat kerana ia melibatkan amalan wajib kita. Syaitan ada dimana-mana untuk menggoda manusia supaya kufur kepada ALLAH S.W.T. Marilah kita sama-sama menghayati intipati yang terkandung dalam artikel di bawah ini :

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.


Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk. Insyallah, apa yang terkandung di atas mampu kita atasi supaya syaitan tidak bermaharaja lela..

"Insan yang cemerlang, bermula dari akal, hati yang bersih, jiwa yang tenang.". Renung-renungkan dan selamat beramal.

posted by hafizi (PG)

Wednesday, June 9, 2010

palestin vs israel vs piala dunia....

Untuk renungan bersama.....

Tajuk ini merupakan hal semasa yang menjadi bualan harian setiap orang..Dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi. Ada yang sibuk dengan hal-hal berkaitan piala dunia dan ada juga yang mesih terus membela nasib-nasib rakyat palestin yang tertindas di bumi sendiri.Jadi yang manakah lebih penting kepada masyarakat?

Bola sepak atau palestin????
Saban hari, di media elektronik dan media cetak tidak terlepas membincangkan kedua-dua hal ini.Dan kita sebagai pembaca sedikit sebanyak terpengaruh dengan hasil-hasil penulisan media-media ini.Tatkala negara kita,Malaysia menggesa negara-negara dunia sepakat membawa usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk merujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan serangan ke atas kapal Mavi Marmara, kadang kala kita alpa dengan pasukan bola sepak kesayangan kita kerana terlalu taksub dengan piala dunia yang hanya menjengah empat tahun sekali. Negara manakah yang akan menjuarai piala dunia edisi ini?? Brazil?? Sepany0l???

Memang kita mengecam tindakan ganas Israel, tetapi apa yang kita telah lakukan untuk mempertahankan saudara-saudara kita di palestin?? tahniah kepada yang membuat bantahan secara aman dan menyampaikan usul untuk dibawa kepada muka keadilan,tetapi disebalik itu kita masih lagi menyokong Israel!! Kenapa?? kita masih gunakan produk-produk israel. Mengapa kita tidak membawa semangat bola sepak itu untuk memb0ikot barangan Israel??? jikalau bola sepak mampu menyatupadukan masyarakat sedunia, mengapa semangat ini tidak digunakan untuk melawan Israel. Cukuplah dengan memb0ikot barangan mereka.Jikalau satu dunia melakukannya, Insya Allah akan lumpuh lah ekonomi Israel..tetapi hal ini mungkin sukar dilakukan... Kerana apa? kerana kitalah pengguna tegar barangan-barangan mereka.. Tidak percaya??? cuba `search` kat internet... berapa banyakkah produk yang kita bergantung seharian dalam kehidupan kita??

jangan salahkan pr0duk, salahkan diri kita kerana tidak pernah ambil tahu... janganlah kita terus menutup mata dari melihat kebenaran..
janganlah kita lukakan hati saudara-saudara kita di palestin dengan wang-wang kita...

-posted by fendi-

Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan Akta Komunikasi Dan Multimedia

Ini merupakan salah satu daripada tugasan yang diberi kepada semua pelajar Kemahiran Menulis. Hal ini kerana Pn R0zmel memberi ruang dan peluang untuk memahami dengan lebih mendalam terhadap undang-undang melibatkan penulisan melalui kajian sendiri.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees), kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.
Akta ini merupakan undang-undang siber yang terpanjang antara keenam-enam undang-undang siber yang digubal di Malaysia setakat ini. Selain daripada Akta ini, lima Akta lain berkaitan adalah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Hakcipta Pindaan 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai 282 seksyen dan satu jadual. Akta ini digubal pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999 (kecuali seksyen 157, 159, 160, 161,162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176, 178, 197 dan 198 [P.U.(B) 128/99]; pada 1 April 2000: seksyen 157, 159, 160, 161, 162, 164, 165, 166, 167, 168, 169, 170, 171, 176 dan 178 [P.U.(B) 106/2000]; 1 Mac 2002: seksyen 197 dan 198 [P.U.(B) 66/2002])


- fendi, pg-

Tuesday, June 1, 2010

Antara 10 bangunan unik @ pelik di dunia!!!

Sepuluh Bangunan Paling Unik di Dunia !

Aneh Tapi Nyata, Unik dan Tidak Biasa.

Sebagai bakal-bakal jurutera,sudah tentu minat kami berkaitan hal-hal sebegini. Tidak mustahil bangunan-bangunan seperti ini bakal wujud di Malaysia suatu hari nanti. Mari kita lihat antara 10 bangunan paling unik dan pelik di dunia!



Bangunan ini dinamakan "The Crookedhouse".Bangunan ini mula dibina pada Januari 2003 dan siap pada Disember 2003. Reka bentuk rumah ini diilhamkan berdasarkan lakaran dan lukisan yang dilukis oleh Jan Marcin Szancer ( Seorang pelukis terkenal berbangsa Polish dan juga merupakan seorang ilustrator buku kanak-kanak) dan Per Dahlberg ( Seorang pelukis jalanan berbangsa Sweden di Sopot ).



Bangunan ini pula adalah Hundertwasser house “Waldspirale” (”Forest Spiral”). Ia dibina di Darmstadt antara tahun 1998 dan 2000. Diilhamkan oleh arkitek dan pelukis terkenal,Friedensreich Hundertwasser.


Ideal Palace atau Istana idaman di France. Cheval memulakan pembinaan istana ini pada bulan April 1879. Cheval menghabiskan masa selama 33 tahun untuk membina istana ini. 2 dekad yang pertama dihabiskan hanya untuk menyiapkan bahagian luar istana. Istana ini diinspirasikan daripada kitab Bible dan mitologi Hindu.

Bangunan bakul atau "the basket building" merupakan pejabat bagi "The Longaberger Basket Company" di Newark,Ohio. Bangunan ini mungkin merupakan pejabat paling pelik di dunia. Bangunan yang bersaiz 180,000 kaki persegi ini memakan kos sebanyak 30 juta US Dollar dan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap sepenuhnya.

Perpustakaan awam Bandar Kansas atau lebih dikenali sebagai "Kansas City Public Library". Jangan terkejut apabila saya katakan bahawa rekaan ini sebenarnya rekaan luar bagi garaj parking sahaja untuk pengunjung Perpustakaan Awam Bandar Kansas.

Dengan hanya menuju bahagian selatan selepas melewati Universal Studios dan Sea World di Orlando, anda akan dapat melihat bangunan pelik ini. Bangunan ini merupakan Taman Permainan Wonderworks Orlando atau "Wonderworks Orlando Amusement Park". Bangunan yang terletak di Florida ini menyediakan pelbagai taman tema di dalamnya untuk keseronokan pengunjung yang hadir.

Idea asal bagi rumah kubik ini timbul pada tahun 1970-an. Piet Blom telah membina beberapa rumah kubik di Helmond. Seterusnya, Bandar Rotterdam meminta beliau mereka bentuk bahagian atas jejantas bagi pejalan kaki dan beliau akhirnya menggunakan idea rumah kubik tersebut.

Inilah salah satu bangunan yang harus dilawati apabila bercuti di kota Prague, Republik Czech. Bangunan ini dinamakan rumah berdansa atau "Dancing House". Direka oleh arkitek kelahiran Kroasia, Vlado Milunic bekerjasama dengan arkitek dari Kanada Frank Gehry. Pada asalnya bangunan ini dinamakan 'Fred and Ginger' , dan berada di antara gedung Neo-Baroque, Neo-Gothic dan Art Nouveau yang sangat terkenal di Prague. Menakjubkan!


Bangunan berbentuk piano ini dibina di An Hui,China. Di sisi piano itu pula terdapat bangunan berbentuk biola yang sebenarnya merupakan bahagian eskalator bangunan ini. Bangunan ini dibina sebagai usaha untuk mengembangkan potensi budaya di daerah tersebut.


Auto Residence atau auto restoran, sebuah reka bentuk moden dan konsep unik, dibina oleh Stadtbaumeister Mag. Ing. Markus Voglreiter. Bangunan ini dibangunkan di daerah perbatasan di Gnigl dekat Salzburg, Austria dengan konsep melestarikan alam dan gaya khas pinggiran kota pada tahun 70-an

Sebenarnya banyak lagi bangunan-bangunan unik lagi pelik dan menakjubkan yang terdapat di serata dunia. KLCC di ibu kota Malaysia juga boleh dikatakan unik dan menjadi tarikan para pengunjung luar untuk bercuti di Malaysia. Tidak mustahil jika bangunan bunga raya yang menjadi identiti Malaysia atau bangunan keris Taming Sari wujud di negara kita suatu hari nanti. Tanggungjawab ini sudah tentu terletak pada bahu bakal pemacu pembangunan negara seperti kita. Pendek kata, mengilham harapan, mencipta masa depan.

-posted by Asma-