Monday, May 31, 2010

BORANG SOAL SELIDIK

PERANAN ICT TERHADAP PEMBANGUNAN AKHLAK REMAJA

OBJEKTIF KAJIAN
a) Mengenalpasti pelakuan positif dan negatif remaja terhadap penggunaan ICT
b) Melahirkan remaja yang berakhlak mulia

JANTINA : LELAKI / PEREMPUAN
UMUR : _____________
FAKULTI : _____________

Sila bulatkan pada nombor 1-5 bagi soalan di bawah.
( 1-Sangat tidak setuju , 2-Tidak setuju , 3-Tidak pasti , 4-Setuju , 5- Sangat setuju )

NO. SOALAN
1 Masyarakat Barat menggunakan penyebaran internet untuk memusnahkan pembangunan remaja sekarang.
1 2 3 4 5
2 Remaja yang tidak selalu melayari internet lebih berakhlak berbanding remaja yang sering melayari internet.
1 2 3 4 5
3 Penggunaan internet mampu meruntuhkan akhlak dan sahsiah diri remaja.
1 2 3 4 5
4 Penggunaan internet boleh memberi kesan yang baik terhadap pembangunan remaja.
1 2 3 4 5
5 Perkembangan internet lebih menjurus kesan positif kepada remaja berbanding kesan negatif.
1 2 3 4 5
6 Ibu bapa patut dipersalahkan akibat tidak memantau pengunaan internet oleh anak-anak.
1 2 3 4 5
7 Remaja lebih suka melayari laman-laman web yang tidak bermoral berbanding yang berilmiah.
1 2 3 4 5
8 Video-video yang tidak bermoral merupakan penghalang utama terhadap pembangunan remaja.
1 2 3 4 5
9 Penggunaan video tanpa kawalan terutamanya sejak kanak-kanak memberi impak yang besar terhadap pembangunan remaja kelak.
1 2 3 4 5
10 Menonton video-video lucah membantu dalam pendidikan seks remaja.
1 2 3 4 5
11 Kecanggihan permainan video memberi kesan negatif terhadap pembangunan remaja.
1 2 3 4 5
12 Remaja banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan video dalam kehidupan seharian.
1 2 3 4 5
13 Teknologi telefon bimbit yang semakin pesat sekarang memudahkan remaja untuk menggunakannya dengan lebih bebas.
1 2 3 4 5
14 Kempen kesedaran wajar dijalankan untuk mengatasi masalah penyalahgunaan internet oleh remaja.
1 2 3 4 5
15 Kempen kesedaran yang dijalankan mampu memberi impak yang positif terhadap pembangunan remaja.
1 2 3 4 5


-posted by ijad & asma-

RESENSI PERPUSTAKAAN

1. Psikologi & Kaunseling Remaja: Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri

Siapakah remaja? Daripada sudut usia, zaman remaja bermula pada umur 12 tahun dan berakhir pada umur 18 tahun. Pada peringkat akhir remaja, seorang insane melangkah ke gerbang usia belia atau pun awal dewasa yang akhirnya menjangkau umiur 25 tahun. Adalah lebih menyeluruh apabila membincangkan berkenaan mereka yang berada dalam lingkungan awal belasan tahun sehingga peringkat pertengahan dua puluhan.

Mohamed Hatta Shaharom. 2003. Psikologi & Kaunseling Remaja: Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri. Bentong: PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN BHD: 2-4


2. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Dilema terhadap media massa dalam kalangan umat Islam timbul apabila dikatakan “menu yang dihidangkan” di media, berbeza dengan pegangan nilai yang diajar dan dipegang dalam masyarakat. Umpamanya mereka didedahkan di media dengan aurat perempuan dan lelaki bukan muhrim, melihat orang bercumbu dan berzina, meminum arak, keganasan yang keterlaluan dan pelbagai unsure tahayul yang mencabar pemikiran rasional.

Zulkiple Abd Ghani. 2003. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat: Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: 24-36


3. Membina Kesejahteraan Remaja

Kesan media ke atas tingkah laku remaja telah lama dibincangkan dalam banyak kajian. Ia seringkali dikatakan mendatangkan kesan yang negatif terhadap tingkah laku remaja. Media menghambat aktiviti harian yang sepatutnya dilakukan oleh remaja. Dengan melayari internet, aktiviti yang sepatutnya dilakukan terutamanya dalam kalangan pelajar terpaksa ditangguh. Tanggungjawab pelajar semakin terabai. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa terdapatnya dalam kalangan pelajar lebih suka menghabiskan masa seharian di hadapan komputer daripada membuat kerja rumah atau membaca buku pelajaran.

Asmah Bee Mohd Noor, Iran Herman. 1995. Membina Kesejahteraan Remaja. Bandar Baru Bangi: Tekno Edar: 105-122


4. Teknologi Maklumat & Komunikasi: Etika, Undang-undang dan Sosial

Remaja dan orang muda menghabiskan sebahagian besar masa terutamanya waktu malam berada di hadapan komputer. Mereka leka bermain, meneroka sistem, menggodam dan melayari internet. Sebahagiannya melakukan perbuatan ini dengan sengaja semata-mata untuk mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain. Malah sesetengah daripada mereka yang mempunyai sikap yang aneh, berasakan lebih mudah dan selesa berurusan dengan komputer berbanding dengan manusia. Dalam keadaan sedemikian, komputer seolah-olah memberi izin kepada ahli masyarakat supaya tidak berusaha mengatasi masalah keanehan sosial itu. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, maka masalah sosial menjadi semakin serius. Dalam keadaan begini, komputer mengawal gerak-geri masyarakat. Keadaan ini nampaknya semakin berleluasa dan sudah dapat diterima sebagai suatu fenomena yang biasa.

Zawiyah Mohd Yusof, Nazura Abd Manap, Masnizah Mohd, Azizi Abdullah, Hafiz Mohd Sarim & Tengku Mohd Tengku Sembok. 2005. Teknologi Maklumat & Komunikasi: Etika, Undang-undang dan Sosial. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd: 173-190


5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Mengikut Alvin Tofler, kita berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat. Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombang perindustrian. Gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat bermaksud suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seperti dilaporkan dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK7), berkembang begitu pantas iaitu pada kadar 24% setahun dengan jumlah perbelanjaan meningkat daripada RM1.3 bilion pada tahun 1990 kepada RM3.8 bilion pada tahun 1995. Di manakah tahap penggunaan teknologi maklumat? Pada masa ini, amat sedikit kilang atau sektor pembuatan yang menggunakan teknologi maklumat apatah lagi robot. Jikapun menggunakan teknologi maklumat, mereka tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi maklumat.

Abd Razak Hamdan, Mohd Zakree Ahmad Nazri, Mohammad Faidzul Nasrudin, Hafiz Mohd Sarim, Mohd Shanudin Zakaria, Yazrina Yahya & Mohd Zamri Murah. 2004. Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd: 1-11

-posted by ijad & asma-

RANGKA KERTAS KERJA KUMPULAN

PENDAHULUAN

-Era maklumat dan remaja.
Mengikut Alvin Tofler, masyarakat sekarang berada dalam ketiga iaitu gelombang maklumat. Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombang perindustrian. Era maklumat ialah suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat. Era maklumat muncul dengan meningkatnya masyarakat berasaskan maklumat dan ini termasuk juga dengan penglibatan remaja.

ISI

-Isu,cabaran dan impak ICT- Satu pendekatan dalam Islam.
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.

-Kesahihan maklumat.
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya.

-Pelayaran laman web negatif.
Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.

-Permasalahan remaja.
Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di pusat computer (cyber cafe), pusat internet (internet cafe) dan telefon tangan. Program seperti ‘chatting’, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri.

-Nilai etika dalam ICT.
Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan sosial, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah.

PENUTUP
Secara kesimpulannya, setiap yang wujud ada pro dan kontra. Begitu juga dengan pemodenan ICT. Walaupun sekarang remaja berada dalam era teknologi maklumat dan bergantung kepada pemodenan ICT untuk kelangsungan hidup terutamanya pemudahcaraan kerja tetapi remaja harus pandai menilai dari segi aspek positif dan negatif tentang kesan pemodenan ICT.

-posted by ijad & asma-

Tuesday, May 25, 2010

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia

LAYAKKAH HADIRNYA CINTA MANUSIA

Bagi saya sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"

Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA:

Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN:

Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

sekian...(di petik dari laman web http://www.iluvislam.com/)


posted by PG

Monday, May 24, 2010

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Laman ini bertujuan memenuhi kehendak subjek Kemahiran Menulis.Bukanlah untuk meluahkan rasa hati....KAMI berlima....Bukanlah pahlawan Hang Tuah Lima bersaudara...Tetapi insya ALLAH bakal jurutera....pEmacu pembangunan negara...

Pensyarah kami Pn Rozmel mengarahkan kami untuk mengisi segala proses kerja kami bl0g ini dalam menyiapkan tugasan berkumpulan kami... Mungkin pelik bunyinya..Tapi ini lah hakikat..Apalah gunanya tekn0logi sekiranya tidak digunakan kan? Dengan tidak menggunakan cara ort0doks,kami guna bl0g... Hehe.. DasyAt2x..Siapa sangka kan?

Owh.... Hampir terlupa untuk perkenalkan diri kami.. Kami terdiri dari 5 orang... 3 jejaka idaman dan 2 gadis jelitawan.. Masih belajar... Mengikuti program kejuruteraan awam di UKM..Tiga jejaka itu ialah affendi, hafizi(pg) dan shahrizad(ijad)...Manakala dua gadis itu ialah asma dan farahin(al0ng)..Nak kenali kami???

Tunggu........


-posted by fEndi-