Monday, May 31, 2010

RANGKA KERTAS KERJA KUMPULAN

PENDAHULUAN

-Era maklumat dan remaja.
Mengikut Alvin Tofler, masyarakat sekarang berada dalam ketiga iaitu gelombang maklumat. Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombang perindustrian. Era maklumat ialah suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat. Era maklumat muncul dengan meningkatnya masyarakat berasaskan maklumat dan ini termasuk juga dengan penglibatan remaja.

ISI

-Isu,cabaran dan impak ICT- Satu pendekatan dalam Islam.
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.

-Kesahihan maklumat.
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya.

-Pelayaran laman web negatif.
Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.

-Permasalahan remaja.
Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di pusat computer (cyber cafe), pusat internet (internet cafe) dan telefon tangan. Program seperti ‘chatting’, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri.

-Nilai etika dalam ICT.
Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan sosial, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah.

PENUTUP
Secara kesimpulannya, setiap yang wujud ada pro dan kontra. Begitu juga dengan pemodenan ICT. Walaupun sekarang remaja berada dalam era teknologi maklumat dan bergantung kepada pemodenan ICT untuk kelangsungan hidup terutamanya pemudahcaraan kerja tetapi remaja harus pandai menilai dari segi aspek positif dan negatif tentang kesan pemodenan ICT.

-posted by ijad & asma-

0 comments:

Post a Comment