Monday, May 31, 2010

RESENSI PERPUSTAKAAN

1. Psikologi & Kaunseling Remaja: Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri

Siapakah remaja? Daripada sudut usia, zaman remaja bermula pada umur 12 tahun dan berakhir pada umur 18 tahun. Pada peringkat akhir remaja, seorang insane melangkah ke gerbang usia belia atau pun awal dewasa yang akhirnya menjangkau umiur 25 tahun. Adalah lebih menyeluruh apabila membincangkan berkenaan mereka yang berada dalam lingkungan awal belasan tahun sehingga peringkat pertengahan dua puluhan.

Mohamed Hatta Shaharom. 2003. Psikologi & Kaunseling Remaja: Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri. Bentong: PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTOR SDN BHD: 2-4


2. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat

Dilema terhadap media massa dalam kalangan umat Islam timbul apabila dikatakan “menu yang dihidangkan” di media, berbeza dengan pegangan nilai yang diajar dan dipegang dalam masyarakat. Umpamanya mereka didedahkan di media dengan aurat perempuan dan lelaki bukan muhrim, melihat orang bercumbu dan berzina, meminum arak, keganasan yang keterlaluan dan pelbagai unsure tahayul yang mencabar pemikiran rasional.

Zulkiple Abd Ghani. 2003. Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat: Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: 24-36


3. Membina Kesejahteraan Remaja

Kesan media ke atas tingkah laku remaja telah lama dibincangkan dalam banyak kajian. Ia seringkali dikatakan mendatangkan kesan yang negatif terhadap tingkah laku remaja. Media menghambat aktiviti harian yang sepatutnya dilakukan oleh remaja. Dengan melayari internet, aktiviti yang sepatutnya dilakukan terutamanya dalam kalangan pelajar terpaksa ditangguh. Tanggungjawab pelajar semakin terabai. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa terdapatnya dalam kalangan pelajar lebih suka menghabiskan masa seharian di hadapan komputer daripada membuat kerja rumah atau membaca buku pelajaran.

Asmah Bee Mohd Noor, Iran Herman. 1995. Membina Kesejahteraan Remaja. Bandar Baru Bangi: Tekno Edar: 105-122


4. Teknologi Maklumat & Komunikasi: Etika, Undang-undang dan Sosial

Remaja dan orang muda menghabiskan sebahagian besar masa terutamanya waktu malam berada di hadapan komputer. Mereka leka bermain, meneroka sistem, menggodam dan melayari internet. Sebahagiannya melakukan perbuatan ini dengan sengaja semata-mata untuk mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain. Malah sesetengah daripada mereka yang mempunyai sikap yang aneh, berasakan lebih mudah dan selesa berurusan dengan komputer berbanding dengan manusia. Dalam keadaan sedemikian, komputer seolah-olah memberi izin kepada ahli masyarakat supaya tidak berusaha mengatasi masalah keanehan sosial itu. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, maka masalah sosial menjadi semakin serius. Dalam keadaan begini, komputer mengawal gerak-geri masyarakat. Keadaan ini nampaknya semakin berleluasa dan sudah dapat diterima sebagai suatu fenomena yang biasa.

Zawiyah Mohd Yusof, Nazura Abd Manap, Masnizah Mohd, Azizi Abdullah, Hafiz Mohd Sarim & Tengku Mohd Tengku Sembok. 2005. Teknologi Maklumat & Komunikasi: Etika, Undang-undang dan Sosial. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd: 173-190


5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Mengikut Alvin Tofler, kita berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat. Gelombang pertama dan kedua ialah gelombang pertanian dan gelombang perindustrian. Gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat bermaksud suatu era apabila kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seperti dilaporkan dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK7), berkembang begitu pantas iaitu pada kadar 24% setahun dengan jumlah perbelanjaan meningkat daripada RM1.3 bilion pada tahun 1990 kepada RM3.8 bilion pada tahun 1995. Di manakah tahap penggunaan teknologi maklumat? Pada masa ini, amat sedikit kilang atau sektor pembuatan yang menggunakan teknologi maklumat apatah lagi robot. Jikapun menggunakan teknologi maklumat, mereka tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi maklumat.

Abd Razak Hamdan, Mohd Zakree Ahmad Nazri, Mohammad Faidzul Nasrudin, Hafiz Mohd Sarim, Mohd Shanudin Zakaria, Yazrina Yahya & Mohd Zamri Murah. 2004. Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd: 1-11

-posted by ijad & asma-

0 comments:

Post a Comment